Tuesday, August 24, 2010

Yuna - Singer Songwriter

Siapa yang tak kenal dgn nama Yuna. Sekarang beliau sudah muncul dgn album terbaru - Decorate. Lagu Decorate sendiri memang menjadi halwa telinga saya. Mana taknya, lirik yg simple tapi cukup bermakna. Dan lagu ini juga sangat pendek.

"..finding reasons to hate you more than before like how you said you would call, but never at all, got rid off your number that I know by heart.."

Dan juga lagu Gadis Semasa yang bagi saya, Yuna mempunyai keunikan tersendiri tentang bagaiman beliau menyampaikan sesebuah lagu. Kalau kita dengar, mcm oldies pun ada, tapi lenggoknya, sangat berbeda. Lirik yg cukup menggambarkan peribadi beliau. Apa-apa pun, tak salah beliau menjadi juara Anugerah Juara Lagu tahun lalu.

Thursday, August 5, 2010

Muse - Neutron Star Collision (Love is Forever)

Ini pula lagu yang seringkali juga menjadi halwa telinga aku. Penangan Dominic Howard memang tidak boleh disangkal lagi, apabila beliau adalah pemain drum kidal yang terhandal (bagi aku). Setiap kali aku mendengar, beat dari beliau, bulu roma ku meremang. Meremang kerana beat itu sangat laju, dan juga sgt susah. Sehinggakan aku berkata pada diri aku sendiri yang aku mahukan my own Dominic Howard. Ada calon yg boleh bermain drum sehebat beliau di sini? Dah aku katakan tadi, cara aku meminati sesebuah lagu itu sangat universal. Dari suara, seni kata lagu, lirik, dan juga musik itu sendiri, cara permainan sesebuah instrument, cara pembawaan sesebuah lagu. Semua itu memainkan peranan dlm menarik minat aku. Oleh sebab itu lah, aku mampu meminati semua jenis lagu. Tanpa mengira siapa mereka, genre apakah yg mereka bawa.

Enjoy their VC!
Ps: aku dan adik tengah berusaha mendapatkan note keyboard utk lagu ni. :)

Tak luput dek zaman.

Untuk entri pertama dalam blog Ears' Halva (Halwa Telinga), aku akan terangkan sedikit tentang apa yang aku akan sampaikan dalam blog ini.

Blog pertama aku walaupun tidak mempunyai ramai pengikut, tetapi aku masih berterima kasih kepada kalian yang membaca repekan aku.

Blog ini aku persembahkan sekadar untuk berkongsi minat aku dalam musik. Di mana kebanyakan orang lebih tertumpu kepada satu genre saja, aku pula lebih terdorong utk meminati semua jenis lagu. Kerana bagi aku, halwa telinga adalah apabila aku mendengar nota yang indah, lirik yg menusuk kalbu, suara yg seiring dengan lagu. Bukan sekadar lirik yg hentam keromo, tanpa punca.

Untuk berlaku jujur, halwa telinga aku pada masa ini, adalah lagu Mohon Kasih. Sama ada dendangan Datuk Ahmad Jais (versi lelaki) atau Datuk Siti Nurhaliza (versi wanita). Lagu ini sgt memberi kesan dalam hati aku dengan lenggok lagu dan suara yg sebati. Siapa yang tak tertawan?

Mohon Kasih

Ku bermohon kasih
Ku bermohon sayang
Padamu wahai kembang (kumbang)
Dalam rindu kasih
Hamba tak berdaya
Menempuh jiwa siksa

Kasihanilah hamba
Merayu sehingga merana
Harum (wajah) mu menawan
Hingga ku tertawan
Menjadi idaman

Duhai puspa sari (Hai muda bistari)
Bunga kembang suci (Kumbang madah suci)
Menimbulkan birahi (Yang menawan hati)
Hamba mohon kasih
Harapan nan bersih
Memuja engkau saja (Ku puja dikau saja)

Kasihanilah hamba
Merindu balasan dari mu
Hatiku tertawan
Tak dapat ku tahan
Engkaulah idaman