Thursday, August 5, 2010

Muse - Neutron Star Collision (Love is Forever)

Ini pula lagu yang seringkali juga menjadi halwa telinga aku. Penangan Dominic Howard memang tidak boleh disangkal lagi, apabila beliau adalah pemain drum kidal yang terhandal (bagi aku). Setiap kali aku mendengar, beat dari beliau, bulu roma ku meremang. Meremang kerana beat itu sangat laju, dan juga sgt susah. Sehinggakan aku berkata pada diri aku sendiri yang aku mahukan my own Dominic Howard. Ada calon yg boleh bermain drum sehebat beliau di sini? Dah aku katakan tadi, cara aku meminati sesebuah lagu itu sangat universal. Dari suara, seni kata lagu, lirik, dan juga musik itu sendiri, cara permainan sesebuah instrument, cara pembawaan sesebuah lagu. Semua itu memainkan peranan dlm menarik minat aku. Oleh sebab itu lah, aku mampu meminati semua jenis lagu. Tanpa mengira siapa mereka, genre apakah yg mereka bawa.

Enjoy their VC!
Ps: aku dan adik tengah berusaha mendapatkan note keyboard utk lagu ni. :)

No comments:

Post a Comment